Wednesday, July 21, 2010

Astro Tutor saluran 100 khusus untuk UPSR


sumber berita:arkib UTUSAN MALAYSIA

Kepada guru -guru dan murid -murid yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Astro Tutor TV,anda boleh layari laman web Astro di alamat : http://www.astro.com.my/epg/channel.php?id=413157

KUALA LUMPUR 15 Julai – Astro hari ini melancarkan Astro Tutor TV melalui saluran 100 khusus untuk murid-murid yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Pendidikan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, ia diterbitkan bagi membantu persiapan murid mengambil UPSR dan menyasarkan penonton kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

“Rancangan ini khusus untuk membantu murid sekolah rendah mengulang kaji pelajaran secara holistik.

“Ini termasuk menguasai tajuk yang sukar, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan saluran baru Astro Tutor TV tersebut di pusat beli-belah Bangsar di sini hari ini.

Putri Yasmin menambah, penyiaran program di Astro Tutor TV mendapat khidmat nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman dan mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

“Setiap kandungan dalam program tersebut direka dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi diri.

“Program tersebut juga dibentuk 100 peratus mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kandungannya bersesuaian untuk UPSR,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan dan Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.

Ditanya tentang perancangan Astro untuk pelajar sekolah menengah yang akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Henry berkata, mereka masih mengkaji dan mungkin akan melaksanakannya dalam masa terdekat.

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Tarikh :14 Julai 2010
Tempat : Dewan terbuka SK Kulim
Masa :2.30 petang - 4.00 petang
Dirasmikan oleh : YDP PIBG SK Kulim, En Azizan























TOKOH PELAJAR SK KULIM TAHUN 2010
Maysarah Sofina
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima hadiah di atas kecemerlangan baik dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Wednesday, July 14, 2010

Berbudi pada tanah


sawi bukan sebarang sawi. sawi segar dari semaian kelas kemahiran hidup. cikgu adnan dan cikgu omar orang kuat panitia KH dengan hasil kutipan pertama sawi mereka.




cikgu hatijah ketua ajk jamuan Hari Anugerah posing dengan sawi






dah selamat pun jadi sayur untuk bihun goreng jamuan hari anugerah...;)

Tuesday, July 6, 2010

Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING KEBANGSAAN SEMPENA HARI ICT 2010

Anjuran: Universiti Perguruan Sultan Idris bersempena Hari ICT 2010

Tarikh Pertandingan: 5 Ogos 2010

Tarikh tutup penyertaan : 25 Julai 2010

Kepada mana - mana sekolah yang berminat, sila klik gambar di bawah

Sunday, July 4, 2010

Kejohanan Olahraga Kali ke 34 SK Kulim

Tahniah diucapkan kepada Rumah Temenggung kerana berjaya menjadi johan antara rumah pada Kejohanan Olahraga kali ke 34