Wednesday, May 26, 2010

Guru Bagai Pakej Astro

Salam di pagi Rabu.

Admin blog memohon maaf di atas kelewatan berita tentang Sambutan Hari Guru yang diadakan di SK Kulim baru-baru ini.

Minggu ini minggu peperiksaan . Semua guru sibuk memantau kelas peperiksaan dan juga menanda kertas. Tugasan paling utama perlulah didahulukan.^^
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2010 yang lalu.

Majlis sambutan diserikan dengan perutusan hari Guru , nyanyian Guru Malaysia,ikrar Hari Guru dan juga turut diserikan dengan pelbagai persembahan murid dan guru.

Mari saksikan aksi-aksi warga SK Kulim yang pelbagai ragam,pelbagai warna..;)



Guru-guru SK Kulim kesayangan murid-murid

Suasana SK Kulim semasa persiapan menyambut Hari Guru
akan bersambunng.....

Thursday, May 20, 2010

SELAMAT MAJU JAYA

image from iluvislam.com

SALAM SIARAN


Cikgu-cikgu SKK mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua murid-murid SK Kulim yang akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai Ahad ini, 23 Mei 2010 dan berakhir pada Rabu 26 Mei 2010.

Doa para guru mengiringi kalian sekalian.
nota kaki SKK : Gambar-gambar semasa Sambutan Hari Guru 2010 SK Kulim masih dalam proses pengeditan. Admin akan memuat naik selewat-lewatnya hari ISNIN ini. Tunggu..tunggu..nanti admin tayang gambar cikgu-cikgu yang bergaya sakan..hehe.^^ Informasi organisasi SK Kulim dan juga maklumat sekolah juga masih dalam proses . Akan dimuat naik secara berperingkat.

Monday, May 17, 2010

Sk Kulim kini di Facebook

Sila KLIK atas gambar untuk melihat dengan LEBIH JELAS

Perkembangan semasa SK Kulim juga boleh diikuti di laman komuniti rasmi Sek Keb Kulim di Facebook mulai hari ini.


Sertailah sekarang!dengan menekan lencana Facebook [Facebook badge] yang terdapat di menu sebelah kiri blog.

Apa-apapun ,daftar dulu sebagai pengguna Facebook ya!

nota kaki SKK: Facebook bukan sekadar medan untuk bertemu rakan lama dan baru,bukan juga hanya sekadar ruang untuk bermain pelbagai permainan online. Ia berguna sekiranya digunakan dengan cara yang betul..

Ganjaran berdasar prestasi - TPM

Klik di atas gambar untuk lebih JELAS
Sumber: UTUSAN MALAYSIA 17 MEI 2010

Oleh YUSRI SAHAT dan YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my


KUANTAN 16 Mei - Berita baik kepada semua pengetua, guru besar dan guru.

Bermula tahun depan, mereka layak menerima wang ganjaran sehingga RM7,500 setiap seorang jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Wang ganjaran itu akan dibayar berdasarkan prestasi sekolah masing-masing yang dinilai pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, Gambang dekat sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April lalu.

Muhyiddin berkata, wang ganjaran tersebut merupakan 'tawaran baru' kepada golongan pendidik supaya mengutamakan pencapaian dan keberhasilan sekolah masing-masing.

Menerusi tawaran itu, jelas beliau, pengetua dan guru besar yang berjaya mencapai sasaran KPI bagi sekolah masing-masing bakal menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500 seorang.

''Guru-guru di sekolah sama yang berada dalam kumpulan lima peratus ke atas pula akan menerima wang ganjaran sebanyak RM1,800 seorang dan 95 peratus guru berikutnya akan mendapat ganjaran RM900 seorang.

''Ganjaran ini akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit iaitu lonjakan sebanyak 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah," katanya.

Hadir sama pada majlis sambutan itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Muhyiddin memberitahu, semua pengetua, guru besar dan guru mungkin menerima wang ganjaran tersebut setiap tahun jika mampu meletakkan sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit yang ditetapkan.

''Wang ganjaran itu bukan dibayar sekali sebaliknya mungkin berkali-kali berdasarkan rekod pencapaian sekolah terbabit," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kenaikan pangkat bagi 25,289 PPPS dan PPPLD meliputi tiga kategori iaitu mengikut tempoh (time based) selama 10 tahun, guru cemerlang dan kenaikan secara hakiki bagi gred DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54.

''Kenaikan ini merangkumi pegawai yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, pensyarah institut pendidikan guru dan guru.

''Selain itu, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) meluluskan 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44, DG48 dan DG52 bagi PPPS," katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga, ujar Muhyiddin, bersetuju supaya urusan kenaikan pangkat secara mengikut tempoh gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPS) dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.

Sejajar dengan matlamat kerajaan meningkatkan kualiti guru, katanya, PPS yang memperoleh ijazah doktor falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan bermula tahun ini.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin memberitahu, pihaknya telah mengarahkan satu sistem pemantauan penempatan yang lebih cekap dan adil diwujudkan bagi mengatasi masalah guru yang bertugas di pedalaman.

Tegasnya, maklumat mengenai tempoh perkhidmatan guru di pedalaman perlu dikemas kini secara atas talian bagi memastikan mereka yang telah lama berkhidmat di kawasan itu diberi peluang bertugas di bandar pula.

''Dengan sistem pemantauan yang lebih cekap dan adil ini, kita akan dapat menjamin bahawa guru yang ditempatkan di luar bandar tidak disisihkan atau diabaikan," katanya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nota SKK: Ayuh, warga kerja SK Kulim! Kita sama-sama tingkatkan prestasi :D



Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Perdana

Tarikh: 15 Mei 2010
Tempat: SK Kulim
Masa:8.00 pg - 10.30 pg


Gotong royong perdana ini diadakan serentak di seluruh sekolah di Malaysia.




Murid-murid ,ibu bapa yang hadir disediakan minum pagi oleh pihak pentadbiran sekolah.

SKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak2 SKK dan ibubapa yang sudi menghadiri gotong royong perdana ini.

Thursday, May 13, 2010

Kampus Astro di SK Kulim

Bilik Astro SKK masih dalam proses dekorasi. Bilik ini diselia oleh Cikgu Azizi dan unit HEM.



Cikgu Azizi sedang mengacau cat sebelum mengecat dinding bilik Astro.

Monday, May 10, 2010

Tapak semaian baru

Panitia Kemahiran Hidup di bawah seliaan Cikgu Omar B Abas telah menyiapkan satu tapak semaian baru untuk pembelajaran anak anak SKK. Tapak semaian itu adalah berhadapan dengan Bilik kemahiran Hidup.

Pelbagai jenis anak pokok bunga dan pokok buah-buahan telah disemai oleh Cikgu Omar dan murid-murid.

Monday, May 3, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG SEK KEB KULIM

Kami warga kerja SK Kulim mengucapkan


SELAMAT DATANG KE

BLOG SEK KEB KULIM

Blog ini masih dalam penyelenggaraan.
Kepada guru-guru dan murid-murid SKK yang mempunyai idea-idea yang bernas bagi menjayakan blog sekolah kita ini, sila maklumkan kepada

i) Pn Nur Diyana Zulkifli
ii)Pn Norlida Ahmad


ataupun

iii)Pn Zanariah Hasbullah
SEKIAN , TERIMA KASIH