Monday, October 3, 2011

Malam Anugerah Cemerlang

Tarikh: 28 September
Masa: 8.00 malam
Dirasmikan oleh: Tn Hj Abu Bakar, Pegawai PPD Kulim /Bandar Bahru

Buat julung kalinya, Majlis Anugerah Cemerlang SK Kulim diadakan pada sebelah malam dan diberi nama Malam Anugerah Cemerlang.

Sambutan amat menggalakkan diterima dari waris dan pelajar yang menerima hadiah.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh murid-murid SK Kulim


Ketibaan Tn Pegawai




Persembahan nyanyian dan tarian oleh murid

Penyampaian hadiah kepada murid-murid

Tokoh Murid 2011 dianugerahkan kepada Nurain Nasuha Bt Mardis, murid Tahun 6 Nilam

Barisan guru - guru wanita

Barisan guru lelaki bergambar bersama-sama Tuan Guru Besar, En Fadzil B Darus

Wednesday, September 28, 2011

Sambutan Hari Raya SK Kulim














Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada tahun ini yang diadakan pada 19 September 2011 yang lalu diserikan lagi dengan kehadiran waris murid-murid.

Pelbagai juadah yang dibawa oleh murid-murid dan waris dihidangkan bersama dengan menu-menu makanan yang disediakan oleh pihak sekolah.



Tuesday, September 13, 2011

UPSR 2011

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada 105 orang murid Tahun 6 SK Kulim yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah bermula 13 September dan berakhir pada 15 September 2011


Doa guru dan ibu bapa akan mengiringi kalian semua.










Monday, August 22, 2011

Sambutan Kemerdekaan Kali ke 54 pada 16 September





KUALA LUMPUR — Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.

“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya aktiviti lain Bulan Merdeka akan diadakan seperti biasa bersesuaian dengan Ramadan.

Mengenai venue sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, Kamaruddin berkata ia mungkin diadakan di Dataran Merdeka.

Mengenai Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan itu, beliau berkata pertandingan itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan pada program itu tahun lepas.

“Kira-kira 61 pihak yang layak telah dinilai pada tahun lepas. Kita jangka lebih banyak pihak akan menyertainya pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya fokus utama program itu ialah pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.

Kamaruddin berkata tujuh kategori dipertandingkan tahun ini iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda), sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan), taman perumahan, individu dan pintu gerbang.

Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah, katanya.

sumber:
http://mynewshub.my/bm/2011/07/16/sambutan-kemerdekaan-ke-54-pada-16-sept/






Tema Hari Kebangsaan ke 54 ialah 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera





Tuesday, August 9, 2011

Pengisian Rohani di bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, murid-murid SK Kulim berkumpul dan membaca Al Quran secara beramai-ramai ketika waktu rehat.



Mohd Azim mengetuai bacaan Al Quran



Bacaan Al Quran beramai-ramai ketika waktu rehat



Penyampaian hadiah mewarna sempena program Ihya Ramadhan

Monday, August 1, 2011

Peperiksaan Percubaan Negeri






Tarikh : 25- 27 Julai 2011

Murid-murid Tahun 6 telah selesai menduduki Peperiksaan percubaan negeri pada minggu yang lalu

semoga keputusan peperiksaan kali ini dapat dijadikan persediaan kepada peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi


Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN 1432 H



WARGA SK KULIM MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432 H

KEPADA SEMUA UMAT MUSLIMIN

SEMOGA KEDATANGAN BULAN YANG MULIA INI

MENJANJIKAN BARAKAH BERPANJANGAN KEPADA KITA SEMUA

Sunday, July 17, 2011

Sk Ulu Lubai,Sarawak Sekolah Berprestasi Tinggi 2011- Cabaran bagi yang lain

sumber : http://gerikkita.blogspot.com/2011/02/sk-ulu-lubai-sarawak-sekolah.html
sumber lain: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_KeistimewaanSKUluLubai/Article/index_html





Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai hanyalah sebuah sekolah yang serba sederhana dari segi infrastruktur dengan bangunan kayu lama manakala satu-satunya binaan konkrit hanyalah tandas kegunaan murid dan guru.


Lokasinya terletak di tengah-tengah hutan belantara. Ia dihubungkan melalui jalan balak ataupun menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang membabitkan tempoh perjalanan kira-kira sejam daripada Medamit.


Sekolah yang dibuka pada 1964 dan pernah ditutup pada 1976 sebelum dibuka semula setahun selepas itu hanya mempunyai 30 orang murid yang dibimbing oleh 11 orang guru dengan bantuan seorang staf sokongan.


Namun hari ini, SK Ulu Lubai mencatatkan sejarah gemilang apabila muncul sebagai sekolah pedalaman pertama yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sekali gus memberi tamparan kepada sekolah lain yang berada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Menyifatkannya sebagai amat luar biasa, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan SK Ulu Lubai itu membuktikan bahawa semua sekolah mampu cemerlang tanpa mengira lokasinya.

“Kalau kita lihat persekitaran dan infrastruktur, ia amat sederhana, bangunannya sudah lama dan diperbuat daripada kayu, tidaklah seelok bangunan-bangunan konkrit di sesetengah sekolah.



“Tetapi kerana kepimpinan sekolah itu adalah cemerlang dan guru-guru serta ibu bapa bersama murid-murid amat komited untuk bantu membangunkan sekolah ini, berlaku lonjakan yang amat besar,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan senarai 23 SBT Kohort Dua di SK Ulu Lubai di sini hari ini.


Muhyiddin juga melontarkan cabaran kepada sekolah-sekolah lain dengan berkata:


“Jika SK Ulu Lubai yang begini keadaannya boleh muncul yang terbaik, saya tidak fikir sekolah lain tidak mampu.”

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin berkata, SK Ulu Lubai telah menunjukkan pencapaian akademik yang amat cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan keputusan 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga sekarang, menjadikannya sebagai sekolah terbaik di negeri ini.

Katanya, dalam penarafan sekolah kebangsaan, SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan ia melonjak ke tempat pertama pada 2010.


Beliau memberitahu, lebih membanggakan, sekolah itu memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia.


Menurutnya, pencapaian terkini ialah pencalonan UNESCO Educational International Best Practices 2010.


“Di samping itu, ia juga berjaya merangkul lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah,” katanya.




Dalam pada itu, Muhyiddin begitu teruja dengan inisiatif SK Ulu Lubai yang bergerak aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi pendidikan luar negara.

Katanya, jaringan itu bukan calang-calang kerana pada 2009 dan 2010, mereka mewujudkan jaringan dengan University Bristol, United Kingdom (UK), Jin Shan Primary School, Singapura dan Kingsford Community School serta Deptford Green School, masing-masing di UK.




Sementara itu, Guru Besar SK Ulu Lubai sejak 1998, Jaul Bunyau berkata, kunci kepada kejayaan sekolah itu ialah kerjasama daripada ibu-bapa kerana merekalah yang paling dekat dengan sekolah berkenaan,




Katanya, mengharapkan orang luar untuk membantu sekolah di pedalaman seperti SK Ulu Lubai amat sukar kerana keadaannya terpencil manakala prasarananya amat terhad.




“Jadi kita kena libatkan komuniti setempat dan guru-guru pula tidak boleh terpisah dengan masyarakat,” katanya.


FAKTA


23 Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Tahun 2011


1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Lawatan Staf SKK ke SK Setiawangsa










Tarikh : 13-14 Julai 2011
Lokasi : SK Setiawangsa , KL

Sk Setiawangsa , KL adalah salah satu sekolah kebangsaan yang dinaik taraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Tinggi bagi tahun 2011.

Tahniah kepada warga Sk Setiawangsa.