Thursday, November 11, 2010

TAHNIAH


tahniah kpd AZRA HASIFAH,NOOR HAZIRA,HIKMAH ,MAYSARAH SOFINA,ZALYKHA ,NOOR ZULAIKHA DAN AHMAD AKMAL SHUKRI di atas kejayaan memperolehi keputusan cemerlang 5A. dan pihak sekolah turut ucapkan tahniah kepada semua murid -murid Tahun 6 yang lain, yang bertungkus lumus semasa UPSR. tahniah sekali lagi.

Tuesday, November 9, 2010

Menterjemah Rumi ke Jawi



Satu laman interaktif yang menarik untuk kemudahan menterjemah tulisan Rumi kepada tulisan Jawi.

Cubalah sekarang!
sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka

Wednesday, October 6, 2010

Quick Update

Murid menjamu selera semasa Sambutan HAri Raya

Murid-murid bergaya sakan dengan pakaian baru

Sibuknye cikgu-cikgu SK Kulim di Hari Kantin...;)


Harap maaf di atas keterlewatan mengemaskini blog Sk Kulim.
Admin kesuntukan masa. :(


Quick Update:



a. Gambar-gambar terkini semasa program Hari Kantin dan Sambutan Hari Raya Aidil fitri,ada
di laman facebook SK Kulim.
b. Perkhemahan Perdana akan diadakan pada 7 hingga Oktober 2010 ini bertempat di pekarangan SK Kulim. Peserta terdiri daripada 160 orang murid dari Tahun 4,5 dan 6.
c. Ujian Pencapaian Tahun 5 [UPTL] dan Peperiksaan AKhir Tahun akan berlangsung pada 17 Oktober hingga 21 Oktober 2010 ini.
d. Program Motivasi untuk murid tahun 5 akan diadakan pada Ahad, 10 Oktober 2010.

Thursday, September 23, 2010

Hari Kokurikulum SK Kulim

Jangan lupa ya, Ahad ni, 26 September 2010 datang ramai-ramai ke Sk Kulim . Sama -sama memeriahkan Hari Kokurikulum SK Kulim.

nasi tomato..kepok lekor..laksa penang..jagung rebus..pendek kata, macam-macam ada..

Bagi yang belum mendapatkan kupon , boleh dapatkan pada Ustazah Rozizah selwat-lewatnya hari ini. ataupun pada Hari Kokurikulum nanti, di kaunter jualan kupon.

Pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah disediakan.Jangan melepaskan peluang keemasan ini!

Gambar bukan sekadar hiasan. :)






mai pakat ramai-ramai tau

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT BERCUTI


SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DAN WARGA PENDIDIK SELURUH NEGARA
Berhati-hati di jalan raya
Makan kuih raya berpada-pada
Dan pesanan kepada anak-anak sekalian, jaga tingkah laku dan buatlah perkara yang berfaedah di hari cuti anda..
Jumpa semula pada 19 September nanti. ;)
Maklumat ringkas tentang cuti:
Cuti pertengahan penggal dua: 3 sept - 11 sept 2010
Hari Raya Aidil fitri : 10 & 11 sept 2010
Cuti bersempena Hari Raya Aidil fitri: 12 - 16 sept 2010

Saturday, August 28, 2010

53 sebab Malaysia istimewa

petikan dari Kosmo


Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kalau difikirkan secara mendalam, pepatah yang diakhiri dengan baris ‘lebih baik di negara sendiri’ itu ada benarnya.


Sepatutnya, semakin jauh kita mengembara ke destinasi yang di luar sempadan negara, kita perlu rasa semakin dekat dan rindu pada asal-usul dan keistimewaan di tanah air sendiri.


Selain taat pada konsep Rukun Negara, ada banyak cara untuk rakyat Malaysia mengisi konsep kecintaan mereka terhadap bumi yang bertuah ini.


Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-53 tiga hari lagi, apa kata kita imbas entiti kembara dan pelancongan yang menjadikan Malaysia tiada duanya di dunia ini.


53 pilihan rawak bagi edisi Horizon kali ini adalah mewakili variasi elemen yang telah lama menjadi sebahagian daripada kebanggaan, sejarah dan gaya hidup rakyat Malaysia.


Selain destinasi popular, senarai ini turut mengetengahkan seleksi istimewa kulinari, budaya, warisan seni bina dan pencapaian prasarana unggul.


Setiap satunya bukan sahaja telah melonjakkan nama Malaysia di peta pelancongan dunia, malah ia menjadi permata yang dekat dengan hati, lalu menjadikan kita semua rakyat Malaysia!


1. Teh tarik – Apabila larutan teh bersama susu krim manis dan dicurah menggunakan kole pada kedudukan tinggi, maka terciptalah minuman rutin warga Malaysia yang dinikmati tidak kira waktu.


2. Songket – Fabrik tenunan tangan yang diserikan motif berbenang perak atau emas. Kekuatan nilai estetika dan identiti bangsa menjadikannya antara tekstil warisan yang elegan.


3. Taman Negara – Kekayaan khazanah alam dilindungi di banyak kawasan yang diwartakan sebagai taman negara. Masing-masing menyimpan tarikan ekosistem yang bernilai tambah.


4. Malaysia Airlines (MAS) – Syarikat penerbangan nasional utama dan banyak memenangi pengiktirafan dan anugerah antarabangsa.


5. Hari Raya Aidilfitri – Sambutan penting selepas sebulan umat Islam berpuasa, selain Hari Raya Aidiladha. Keraian ini merapatkan hubungan ahli keluarga dalam semangat ‘balik kampung’.


6. Menara Berkembar Petronas – Hingga kini, statusnya kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan ikonik ini umpama salam pengenalan Malaysia kepada dunia.


7. Nasi lemak – Hidangan warisan ini memerlukan beras ditanak dengan santan kelapa dan dihidangkan bersama sambal, bilis goreng dan telur.


8. Wau bulan – Permainan tradisional persis layang-layang yang terkenal di negeri Kelantan.


9. Genting Highlands – Resort pelancongan tertinggi di Malaysia iaitu pada aras 2,000 meter dari aras laut ini menawarkan penginapan, taman tema dan tema percutian kelas satu.


10. Rangkaian lebuh raya – Jaringan lebuh raya utama negara melancarkan perhubungan darat di Semenanjung Malaysia.


11. Tahun Baru Cina – Perayaan besar bagi kaum Tionghua yang bercerita tentang kedatangan tahun baru. Sambutannya dimeriahkan dengan limau mandarin, pemberian ang pau, tarian singa dan bingit mercun.


12. Menara Kuala Lumpur – Menara telekomunikasi tertinggi yang terletak di Bukit Nenas di tengah-tengah ibu negara. Lokasi ini menyediakan pusat rekreasi, restoran berputar dan dek peninjau.


13. Pulau Langkawi – Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan kisah Mahsuri dan pelbagai lagi tarikan buatan selain taman geologi berusia jutaan tahun.


14. Roti canai – Hidangan sarapan popular yang dimakan bersama kuah dal dan teh tarik.


15. Batik lukis – Seni tekstil indah hasil daripada teknik melukis, mencanting dan mewarna. Penggunaannya juga telah dipelbagaikan.


16. Proton – Pengeluar kereta nasional pertama ini telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelbagai model berprestij telah menambat hati pemandu tempatan dan juga luar negara.


17. Pulau Tioman – Pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.


18. Masjid Negara – Menjadi lambang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Siap dibina pada 27 Ogos 1965 dan mampu menampung seramai 15,000 jemaah.


19. Litar Antarabangsa Sepang – Prasarana kelas dunia untuk perlumbaan Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan Formula Satu.


20. Deepavali – Festival cahaya yang disambut penuh adat oleh penganut Hindu. Ia jatuh pada hari ke-14 bulan Aipasi, kalendar Tamil.


21. Perak Man – Rangka tulang berusia 10,000-11,000 tahun di Gua Gunung Runtuh, Hulu Perak. Penemuan fosil manusia era Paleolitik paling sempurna di Asia Tenggara itu melakar sejarah tersendiri.


22. Bandar Raya Melaka – Kota warisan sejarah yang sarat nilai pertembungan budaya Melayu, Cina, India, Portugis serta Baba dan Nyonya.


23. Perodua – Syarikat pengeluar kereta nasional kedua dan ditubuhkan pada 1993.


24. Tasik Kenyir – Merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dan terletak di Hulu Terengganu.


25. Orang Utan - Haiwan primat yang menjadi maskot negara ketika Sukan Komanwel 1998. Sebuah pusat pemeliharaan orang utan sering dikunjungi di Sepilok, Sabah.


26. Krismas – Keraian 25 Disember yang disambut secara berbeza oleh kaum Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian.


27. Pulau Pinang – Selain Melaka, negeri ini turut melestari pelbagai nilai sejarah hebat Negeri Selat.


28. Vaisakhi – Diraikan penganut agama Sikh pada tarikh 14 April.


29. Muzium Negara – Ia dirasmikan pada 31 Ogos 1963, berlokasi di Kuala Lumpur dan merupakan lokasi wajib bagi anak Malaysia untuk mengenali sejarah.


30. LIMA – Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi dijayakan secara dwitahunan. Pameran berprestij itu mengumpulkan jentera udara dan maritim yang berkaitan komersial dan pertahanan.


31. Pulau Sipadan – Terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah, ia adalah antara pulau terindah di dunia dan ibarat syurga buat komuniti penyelam skuba.


32. Homestay – Konsep inap desa yang berjaya melonjakkan industri pelancongan domestik. Masyarakat kampung didekati melalui acara seni, masakan dan gaya hidup.


33. Kereta Api Tanah Melayu – Nostalgia pengangkutan bijih timah kini menghubungkan penduduk di sepanjang laluan landasan 1,699km di seluruh negara.


34. Batu Caves – Formasi gua batu kapur semula jadi yang menjadi meriah terutamanya ketika penganut Hindu menyambut Thaipusam.


35. Gua Niah – Gua batu kapur terbesar di dunia iaitu seluas 12 hektar di Miri, Sarawak. Fosil manusia berusia 40,000 tahun pernah ditemui di situ.


36. Citrawarna 1M alaysia – Ibu negara disimbahi warna kebudayaan dari 14 buah negeri di seluruh negara pada setiap penghujung Mei.


37. Cendol – Hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan dihidang bersama ais parut, santan dan gula melaka.


38. Putrajaya – Pada tahun 1999, Putrajaya telah menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dengan ciri-ciri bandar raya pintar.


39. Rumah panjang – Rumah tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Setiap rumah mengandungi sehingga 20 bilik dan diketuai oleh tuai rumah.


40. Gunung Kinabalu – Berketinggian 4,095 meter, ia adalah gunung tertinggi di Malaysia dan terletak di Kota Kinabalu, Sabah.


41. Piala Monsoon – Kejohanan kapal layar antarabangsa mengumpulkan jaguh-jaguh dunia di Pulau Duyung, Terengganu setiap musim tengkujuh.


42. Petaling Street – Bekas penempatan kaum Cina yang kini menjadi lokasi niaga gerai paling terkenal di tengah-tengah Kuala Lumpur.


43. Istana Negara – Tempat bersemayamnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang turut menjadi lokasi istiadat pertabalan dan upacara rasmi.


44. KLIA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor menjadi pintu masuk udara utama dengan akses jaringan kereta api elektrik dan lebuh raya canggih.


45. Pasar Seni – Turut dikenali sebagai Central Market, ia menjadi pusat yang mengumpulkan barangan seni, kraf dan cenderamata tempatan.


46. Le Tour de Langkawi – Kejohanan lumba basikal terbesar yang mengumpulkan para peserta dari seluruh dunia.


47. Raflesia – Selain bunga raya sebagai bunga kebangsaan, bunga eksotik terbesar di dunia ini sinonim dengan diversiti belantara Malaysia khususnya di Malaysia Timur.


48. Lemang – Diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasak di dalam buluh. Makanan ini popular dimakan bersama rendang.


49. AirAsia – Syarikat penerbangan nasional kedua dan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.


50. Hari Gawai – Diraikan oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak sebagai meraikan musim menuai padi.


51. Wat Phothivihan – Patung Buddha tidur yang kedua terbesar di dunia terletak di Tumpat, Kelantan.


52. Bangunan Sultan Abdul Samad – Sebuah bangunan warisan kebangsaan yang menjadi saksi kepada penurunan bendera Union Jack dan digantikan dengan Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1957.


53. Hari Kebangsaan – Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang wajib dihayati demi menyuntik semangat patriotisme dan kesetiaan pada negara.


- KOSMO!

Tuesday, August 17, 2010

Togetherville The Safe Social Network For Kids


Maklumat menarik untuk ibubapa. Di togetherville anda mempunyai akses khas bagi memantau aktiviti sosial anak anda di internet.

Togetherville merupakan rangkaian sosial intenet bagi anak di bawah usia 13 tahun. Di laman sosial ini, ibubapa boleh memantau aktiviti anak bersama rakan sebaya melalui hubungan langsung dengan Facebook.

Ibu bapa diberi pilihan sama ada mencipta sendiri akaun untuk anak-anak. ataupun akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan Togetherville melalui emel anda sekiranya anak anda ingin membuka akaun sendiri.

Tahap keselamatan akses yang boleh dicapai oleh anak-anak juga dapat diselia oleh ibu atau pun bapa yang menyertai.

Ini merupakan salah satu alternatif memperkenalkan ICT dengan cara selamat kepada anak-anak tanpa terlalu terdedah kepada impak keterlaluan dari penggunaan intenet yang tidak terkawal.

Sertailah sekarang!

Monday, August 9, 2010

Lintas Langsung dari TM Point

Tempat: TM POINT Kulim
Masa:9.00 pagi

Program membina blog dan akaun facebook bersama murid-murid sekolah sekitar Kulim.

Anjuran TM Point Kulim




Murid-murid SK Kulim turut mengambil bahagian membina blog

Instructor Tm net sedang memberi tunjuk ajar kepada murid-murid


Murid-murid menunjukkan respon positif kepada maklumat yang disampaikan

Murid Sk Kulim cuba untuk menggunkan komputer yang disediakan





Laporan terkini dari pekarangan TM Point Kulim
Puan Nur Diyana Zulkifli
Puan Zanariah Habullah

Wednesday, July 21, 2010

Astro Tutor saluran 100 khusus untuk UPSR


sumber berita:arkib UTUSAN MALAYSIA

Kepada guru -guru dan murid -murid yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Astro Tutor TV,anda boleh layari laman web Astro di alamat : http://www.astro.com.my/epg/channel.php?id=413157

KUALA LUMPUR 15 Julai – Astro hari ini melancarkan Astro Tutor TV melalui saluran 100 khusus untuk murid-murid yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Pendidikan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, ia diterbitkan bagi membantu persiapan murid mengambil UPSR dan menyasarkan penonton kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

“Rancangan ini khusus untuk membantu murid sekolah rendah mengulang kaji pelajaran secara holistik.

“Ini termasuk menguasai tajuk yang sukar, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan saluran baru Astro Tutor TV tersebut di pusat beli-belah Bangsar di sini hari ini.

Putri Yasmin menambah, penyiaran program di Astro Tutor TV mendapat khidmat nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman dan mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

“Setiap kandungan dalam program tersebut direka dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi diri.

“Program tersebut juga dibentuk 100 peratus mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kandungannya bersesuaian untuk UPSR,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan dan Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.

Ditanya tentang perancangan Astro untuk pelajar sekolah menengah yang akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Henry berkata, mereka masih mengkaji dan mungkin akan melaksanakannya dalam masa terdekat.

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Tarikh :14 Julai 2010
Tempat : Dewan terbuka SK Kulim
Masa :2.30 petang - 4.00 petang
Dirasmikan oleh : YDP PIBG SK Kulim, En Azizan























TOKOH PELAJAR SK KULIM TAHUN 2010
Maysarah Sofina
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima hadiah di atas kecemerlangan baik dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Wednesday, July 14, 2010

Berbudi pada tanah


sawi bukan sebarang sawi. sawi segar dari semaian kelas kemahiran hidup. cikgu adnan dan cikgu omar orang kuat panitia KH dengan hasil kutipan pertama sawi mereka.




cikgu hatijah ketua ajk jamuan Hari Anugerah posing dengan sawi






dah selamat pun jadi sayur untuk bihun goreng jamuan hari anugerah...;)

Tuesday, July 6, 2010

Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING KEBANGSAAN SEMPENA HARI ICT 2010

Anjuran: Universiti Perguruan Sultan Idris bersempena Hari ICT 2010

Tarikh Pertandingan: 5 Ogos 2010

Tarikh tutup penyertaan : 25 Julai 2010

Kepada mana - mana sekolah yang berminat, sila klik gambar di bawah

Sunday, July 4, 2010

Kejohanan Olahraga Kali ke 34 SK Kulim

Tahniah diucapkan kepada Rumah Temenggung kerana berjaya menjadi johan antara rumah pada Kejohanan Olahraga kali ke 34














Tuesday, June 29, 2010

Bulan yang sibuk

salam ukhuwah

Esok akan berlangsung Kejohanan Olahraga Kali Ke 34 SK Kulim. Guru-guru dan murid murid rancak membuat persiapan terakhir kejohanan.


Bulan depan, Julai juga merupakan bulan yang amat padat dengan pelbagai program dan aktiviti. Antara program yang akan berlangsung adalah:

1.Perjumpaan waris dengan guru Kelas [ Ahad, 4 Julai ]
2.Perkhemahan bersepadu[ 8-10 Julai ]
3.Hari Anugerah Cemerlang SK Kulim [14 Julai]
4. Ujian III dan Percubaan Upsr peringkat negeri[minggu akhir Julai]


Semoga semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Wednesday, May 26, 2010

Guru Bagai Pakej Astro

Salam di pagi Rabu.

Admin blog memohon maaf di atas kelewatan berita tentang Sambutan Hari Guru yang diadakan di SK Kulim baru-baru ini.

Minggu ini minggu peperiksaan . Semua guru sibuk memantau kelas peperiksaan dan juga menanda kertas. Tugasan paling utama perlulah didahulukan.^^
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2010 yang lalu.

Majlis sambutan diserikan dengan perutusan hari Guru , nyanyian Guru Malaysia,ikrar Hari Guru dan juga turut diserikan dengan pelbagai persembahan murid dan guru.

Mari saksikan aksi-aksi warga SK Kulim yang pelbagai ragam,pelbagai warna..;)



Guru-guru SK Kulim kesayangan murid-murid

Suasana SK Kulim semasa persiapan menyambut Hari Guru
akan bersambunng.....

Thursday, May 20, 2010

SELAMAT MAJU JAYA

image from iluvislam.com

SALAM SIARAN


Cikgu-cikgu SKK mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua murid-murid SK Kulim yang akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai Ahad ini, 23 Mei 2010 dan berakhir pada Rabu 26 Mei 2010.

Doa para guru mengiringi kalian sekalian.
nota kaki SKK : Gambar-gambar semasa Sambutan Hari Guru 2010 SK Kulim masih dalam proses pengeditan. Admin akan memuat naik selewat-lewatnya hari ISNIN ini. Tunggu..tunggu..nanti admin tayang gambar cikgu-cikgu yang bergaya sakan..hehe.^^ Informasi organisasi SK Kulim dan juga maklumat sekolah juga masih dalam proses . Akan dimuat naik secara berperingkat.

Monday, May 17, 2010

Sk Kulim kini di Facebook

Sila KLIK atas gambar untuk melihat dengan LEBIH JELAS

Perkembangan semasa SK Kulim juga boleh diikuti di laman komuniti rasmi Sek Keb Kulim di Facebook mulai hari ini.


Sertailah sekarang!dengan menekan lencana Facebook [Facebook badge] yang terdapat di menu sebelah kiri blog.

Apa-apapun ,daftar dulu sebagai pengguna Facebook ya!

nota kaki SKK: Facebook bukan sekadar medan untuk bertemu rakan lama dan baru,bukan juga hanya sekadar ruang untuk bermain pelbagai permainan online. Ia berguna sekiranya digunakan dengan cara yang betul..