Wednesday, February 6, 2013

Welcome FROG!



Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dengan penggunaan intenet dan banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter,My Space dan Youtube.

Budaya dan cara mereka memproses maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring perubahan ini. Di bawah projek 1Bestarinet , 10 000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan intenet jalur lebar tanpa wayar(wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan suatu persekitaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

Pasukan FrogAsia akan membantu guru-guru dari aspek latihan dan penyediaan untuk perlaksanaan dengan menyediakan bahan-bahan yang dipelukan untuk mengendalikan latihan frog Vle kepada semua guru,kakitangan dan pelajar di peringkat sekolah. Ini dapat diakses di portal Community Site menerusi frog Vle. Untuk perlaksanaan di peringkat awal, guru-guru akan diberikan satu Yes ID dan digalakkan meneroka alam maya Frog untuk mengenali fungsi dan menyesuaikan diri dengan penggunaannya. Yes ID akan diedarkan oleh Guru Penyelaras Frog VLe sekolah secara berperingkat.

Dashboard Frog VLE SK Kulim:

 https://kba5007.1bestarinet.net/app/login

No comments:

Post a Comment