Sunday, July 17, 2011

Lawatan Staf SKK ke SK Setiawangsa










Tarikh : 13-14 Julai 2011
Lokasi : SK Setiawangsa , KL

Sk Setiawangsa , KL adalah salah satu sekolah kebangsaan yang dinaik taraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Tinggi bagi tahun 2011.

Tahniah kepada warga Sk Setiawangsa.

Wednesday, July 13, 2011

PROSPEK ganti PTK mulai 1 Julai

PUTRAJAYA: Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata, lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.

"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-CUEPACS Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini hari ini.

Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

sumber : Berita harian

Tuesday, June 28, 2011

Ragam Warga Sk Kulim






Pelbagai aktiviti persekolahan ganti Sabtu

Friday, May 20, 2011

Thursday, March 31, 2011

Aktiviti Bulan Mac

Majlis Persaraan Cikgu Omar
10 Mac 2011

Mesyuarat PIBG dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kulim
6 Mac 2011



Merentas Desa Peringkat Sekolah
2 Mac 2011

Thursday, March 3, 2011

Aktiviti Bulan Februari

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
16 Februari 2011

Lawatan ahli Kelab Olahraga SK Kulim ke Kejohanan Balapan dan Padang
MSSD Kulim Bandar Baharu
24 Feb 2011





Perjumpaan dengan waris Tahun 6 membincangkan tentang Program Peningkatan UPSR

Motivasi & Strategi Pecutan Awal UPSR bersama Perunding Motivasi , Cikgu Mohamad Azir B Ismail
27 Feb 2011

Karnival Buku Kedah 2011
27 Feb di Dewan Putra Kulim


Latihan 'Fire Drill'
28 Feb 2011

Monday, February 21, 2011

Permata Sekolah

Dari kiri: MOHD AIDIL BASIT, WAN MOHD SAIFUDDIN, MOHD AIDIL MANSOR
Mewakili kelab bola sepak dalam Liga Sony peringkat Zon Utara
NOOR SHAFINA
Olahragawati Kejohanan Olahraga Peringkat PKG Kulim
Pingat emas bagi acara Lompat Jauh dan Lari Berpagar 80 m

Kurangkan 'talk and chalk'



'main-main' jeruk buah-buahan

'main-main' game tembak sifir



'main-main' plastisin

'main' tulis-tulis lekat-lekat

'main' susun susun

'main' tanya-tanya


'main' pilih-pilih

Guru membebel,murid main
Guru ajak main,murid makin suka main..;)

Bermain semasa p & p mampu menjana minda kreatif anak-anak kecil






Sunday, February 13, 2011

KSSR terap 1Malaysia


Sumber : Portal Pendidikan Utusan



KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.