Tuesday, June 28, 2011

Ragam Warga Sk Kulim






Pelbagai aktiviti persekolahan ganti Sabtu

Friday, May 20, 2011

Thursday, March 31, 2011

Aktiviti Bulan Mac

Majlis Persaraan Cikgu Omar
10 Mac 2011

Mesyuarat PIBG dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kulim
6 Mac 2011



Merentas Desa Peringkat Sekolah
2 Mac 2011

Thursday, March 3, 2011

Aktiviti Bulan Februari

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
16 Februari 2011

Lawatan ahli Kelab Olahraga SK Kulim ke Kejohanan Balapan dan Padang
MSSD Kulim Bandar Baharu
24 Feb 2011





Perjumpaan dengan waris Tahun 6 membincangkan tentang Program Peningkatan UPSR

Motivasi & Strategi Pecutan Awal UPSR bersama Perunding Motivasi , Cikgu Mohamad Azir B Ismail
27 Feb 2011

Karnival Buku Kedah 2011
27 Feb di Dewan Putra Kulim


Latihan 'Fire Drill'
28 Feb 2011

Monday, February 21, 2011

Permata Sekolah

Dari kiri: MOHD AIDIL BASIT, WAN MOHD SAIFUDDIN, MOHD AIDIL MANSOR
Mewakili kelab bola sepak dalam Liga Sony peringkat Zon Utara
NOOR SHAFINA
Olahragawati Kejohanan Olahraga Peringkat PKG Kulim
Pingat emas bagi acara Lompat Jauh dan Lari Berpagar 80 m

Kurangkan 'talk and chalk'



'main-main' jeruk buah-buahan

'main-main' game tembak sifir



'main-main' plastisin

'main' tulis-tulis lekat-lekat

'main' susun susun

'main' tanya-tanya


'main' pilih-pilih

Guru membebel,murid main
Guru ajak main,murid makin suka main..;)

Bermain semasa p & p mampu menjana minda kreatif anak-anak kecil






Sunday, February 13, 2011

KSSR terap 1Malaysia


Sumber : Portal Pendidikan Utusan



KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Monday, January 10, 2011

Dua Guru Satu Kelas

Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain


bhnews@bharian.com.my

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik:
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.


Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.


Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.


Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.


Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.


Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.


Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.


Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.


“NUTP difahamkan mulai Januari depan, penilaian itu akan diamalkan setiap bulan yang menjurus kepada ujian pendek dengan soalan disediakan guru.


“Ini bermakna beban guru semakin bertambah lagi dan tiada pengurangan, kita berharap kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” katanya.




INFO: Antara beban tugas guru


•Kekerapan guru keluar berkursus
•Kokurikulum/sukan
•Tugas hujung minggu
•Tugas rencam
•Tugas tidak jelas
•Penempatan guru
•Rantaian arahan (chain of command)
•Ujian/peperiksaan
•Silap padanan (mismatch)
•Saiz kelas
•Sebaran kurikulum.


INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru
•Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian
•Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah
•Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17
•Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa
•Pelan Operasi Latihan Tahunan
•Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan
•Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak
•Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum
•Pengenalan kurikulum secara atas talian
•Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas
•Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar di sekolah menengah
•Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif
•Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi
•Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.
•Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya
•Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun
•Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran
•Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif
•Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
•Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi.

Tuesday, January 4, 2011

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2011









SELAMAT TAHUN BARU 2011

kepada murid-murid Sk Kulim

Mulakan sesi persekolahan dengan baju baru,kasut baru,buku baru,kawan baru dan juga azam baru. cuma yang lama..warga cikgu di sekolah. :D

Mari bersama-sama berusaha memajukan diri dan meningkatkan kecemerlangan sekolah kita.

Thursday, November 11, 2010

TAHNIAH


tahniah kpd AZRA HASIFAH,NOOR HAZIRA,HIKMAH ,MAYSARAH SOFINA,ZALYKHA ,NOOR ZULAIKHA DAN AHMAD AKMAL SHUKRI di atas kejayaan memperolehi keputusan cemerlang 5A. dan pihak sekolah turut ucapkan tahniah kepada semua murid -murid Tahun 6 yang lain, yang bertungkus lumus semasa UPSR. tahniah sekali lagi.

Tuesday, November 9, 2010

Menterjemah Rumi ke Jawi



Satu laman interaktif yang menarik untuk kemudahan menterjemah tulisan Rumi kepada tulisan Jawi.

Cubalah sekarang!
sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka

Wednesday, October 6, 2010

Quick Update

Murid menjamu selera semasa Sambutan HAri Raya

Murid-murid bergaya sakan dengan pakaian baru

Sibuknye cikgu-cikgu SK Kulim di Hari Kantin...;)


Harap maaf di atas keterlewatan mengemaskini blog Sk Kulim.
Admin kesuntukan masa. :(


Quick Update:



a. Gambar-gambar terkini semasa program Hari Kantin dan Sambutan Hari Raya Aidil fitri,ada
di laman facebook SK Kulim.
b. Perkhemahan Perdana akan diadakan pada 7 hingga Oktober 2010 ini bertempat di pekarangan SK Kulim. Peserta terdiri daripada 160 orang murid dari Tahun 4,5 dan 6.
c. Ujian Pencapaian Tahun 5 [UPTL] dan Peperiksaan AKhir Tahun akan berlangsung pada 17 Oktober hingga 21 Oktober 2010 ini.
d. Program Motivasi untuk murid tahun 5 akan diadakan pada Ahad, 10 Oktober 2010.